Skip to main content

Pendapatan Grabcar 2019 Yang Perlu Anda Ketahui

Pendapatan Grabcar 2019 yang perlu anda ketahui. Ya betul pendapatan pemandu Grabcar tak semudah dulu. Dulu agak mudah untuk achieve target sebab ketika itu ada skim insentif. Sekarang insentif dah takde. Insentif telah digantikan dengan skim bonus. Tapi bonus ni tak setinggi insentif.

Tapi secara jujurnya pendapatan PG dan kawan-kawan taklah berubah sangat. Perbezaan ketara sekarang ni ialah siapa rajin dia akan dapat lebih. Contohnya dulu semasa ada insentif, untuk dapat pendapatan kasar RM400 sehari, PG hanya guna tenaga dalam 70%. Baki 30% tuh PG boleh lepak-lepak, rehat kat kedai mamak. Hehe.

Sekarang nih nak dapat pendapatan kasar RM400 sehari pun masih boleh, cuma sekarang nih PG bagi 100% tenaga. Nak lepak-lepak minum lama-lama macam dulu tak boleh dah. Kalau lepak lama-lama mesti tak achieve target RM400 sehari tuh. Bukan cakap langsung tak boleh rehat. Rehat sekarang bila perlu jer iaitu untuk makan dan solat.

PG dan beberapa kawan dah buat ujikaji sendiri. Sekarang nih kalau nak dapat pendapatan grabcar 2019 yang konsisten setiap hari perlu on Auto Accept ( AA ). Korang terima jer apa job yang masuk. Insya Allah dalam masa 12-15 jam korang akan dapat RM400-RM500 sehari. Kalau korang betul-betul rajin memang takde masalah nak achieve target macam tuh.




Pendapatan kat atas nih tak termasuk bonus yer. Biasanya purata bonus PG seminggu dalam RM180-RM250.

Target PG ialah RM2000 semiggu. PG akan sedaya upaya untuk dapatkan target tuh. PG memandu lebih kurang 12 jam sehari termasuk rehat. PG memandu 6 hari seminggu. Ada kawan PG, dia memandu 4 hari jer seminggu tapi pun boleh dapat lebih kurang RM2000 seminggu. Kenapa? Sebabnya 4 hari memandu tuh dia memang pulun habis. So baki 3 hari tuh dia rehat bersama keluarga tercinta.

Tak kisah lah korang nak drive 4 atau 6 hari seminggu. Tak kisah lah korang nak drive 12 atau 18 jam sehari. Yang penting korang kena set target. Bila ada target, barulah korang akan lebih berdisplin. Hehe.

Maaf cakap yer. Ramai yang merungut cakap bawak Grab tak berbaloi tuh sebenarnya dorang terlalu memilih job. Dorang tak nak on Auto Accept. Dorang nak on Manual Accept jer sebab nak pilih-pilih job. Ada yang memilih job mahal-mahal jer. Tambang murah RM5 takmo accept. Nak accept tambang lebih RM20 jer. Tempat jem sikit takmo pergi. Ada yang nak pilih job ke KLIA jer. Macam-macam lagilah sebabnya dorang pilih-pilih job. Hehe.

Dulu kalau nak pilih-pilih job masih ok. Tapi sekarang nih Grab akan bagi job keutamaan kepada pemandu yang on Auto Accept. So yang mana on Manual Accept tuh biasanya job lambat masuk. Dah la job lambat masuk, pastu nak pilih-pilih job pulak. Ha tuh yang ramai merungut. So takpayah pening kepala dan merungut, on jer lah Auto Accept. Hadap jer semua job. Hehe.

Tapi PG tak nafikan ada yang berjaya dapat pendapatan grabcar 2019 yang bagus walaupun dia on Manual Accept. PG kenal seseorang yang macam nih. Dia ada dalam group Whatsapp PG. Antara sebab utama dia berjaya walaupun on Manual Accept ialah dia tak terlalu memlih job. Nak pilih-pilih job boleh tapi janganlah terlalu memilih. Sebab lain ialah tahap kerajinan dan ilmu memandu Grab yang sebetulnya.

Kepada yang berminat untuk daftar sebagai pemandu Grabcar sila Wahtsapp PG k. Nak bawak full time ataupun part time pun boleh. Tiada masalah. Selepas pendaftaran berjaya korang akan dimasukkan ke dalam group Whatsapp. Kat dalam group tuh PG dan kawan-kawan akan kongsi tips-tips dan ilmu Grab. Insya Allah.

- wasap.my/60163337689/daftar_grab
- wasap.my/60163337689/daftar_grab
- wasap.my/60163337689/daftar_grab

Terima kasih sebab sudi baca Pendapatan Grabcar 2019 Yang Perlu Anda Ketahui. Jangan lupa untuk baca entry di bawah jugak yer:-

1) Cara Daftar Grab Percuma, Mudah dan Cepat

2) Senarai Jenis Kereta Untuk Grabcar Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Jenis Kereta Untuk Grabcar Malaysia

Senarai Jenis Kereta Untuk Grabcar Malaysia . Bukan semua jenis model kereta layak untuk tujuan Grabcar. Ada model yang tidak layak. Kat bawah nih PG senaraikan model yang layak untuk setiap jenama kereta di Malaysia. Audi A1 A3 Q3 A4 A5 Q5 A8 A6 A7 Q7 BMW 1 2 X1 3 4 M3 X3 X4 7 6 M6 5 M5 X5 X6 Chery Eastar Maxime Chevrolet Sonic Sonic Sedan Captiva Cruze Orlando Malibu Colorado Citroen C4 DS4 DS5 Ford Ecosport Fiesta Focus Kuga Mondeo S-Max Everest Ranger Haval H1 H2 Honda Accord BR-V C-HR City Civic CR-V HR-V Insight Jazz Odyssey Stream Hyundai I10 Elantra I30 Ioniq Tucson Veloster Starex I40 Santa Sonata Genesis Infiniti Q50 QX50 QX80 Q70 QX70 Isuzu D-Max MU-X Jaguar F XE XJ XF XFR Jeep Compass Cherokee Wrangler Grand Cherokee Kia Cerato Citra Forte Grand Carnival Optima Picanto Pregio Rio Sorento Sporta...

Cara Daftar Grab Percuma, Mudah dan Cepat

Cara Daftar Grab Percuma, Mudah dan Cepat . Ya betul nak daftar sebagai pemandu Grab taklah susah manapun. Tak perlu nak beratur panjang-panjang hanya untuk daftar di Grab HQ, buang masa. Masa tu kan emas. PG boleh tolong daftarkan korang sebagai pemandu Grab. Biasanya dalam 24 jam hari bekerja akaun korang dah aktif. Paling lama pun dalam 48 jam hari bekerja. Lepas tuh dah boleh terus bawak Grab. Sebelum nak daftar sebagai pemandu Grab, korang kenalah tahu beberapa syarat kelayakannya terlebih dahulu. Antara syarat untuk menjadi pemandu Grab ialah:- 1) Umur 18 tahun dan ke atas. 2) Warganegara Malaysia sahaja. 3) Memiliki lesen memandu kereta (Lesen P tak lepas). 4) Ada kereta sendiri / keluarga / kawan buatan 2010 dan ke atas. 5) Covernote insuran kereta dengan nama pemandu. 6) Rekod diri bersih tanpa kes polis / Makahmah. 7) Bukan bekas pemandu Grab / Banned driver. Amacam lepas ke tak syarat-syarat  cara daftar Grab ? Ok kalau lepas tahniah, korang s...